welcome to my empire !!  stalker masuk || Follow or Dashboard

Saturday, February 28, 2015

AL KISAH CERMIN MATA

Ketika musim banjir, pakcik Ismail membuat baju dan mendermakan baju untuk didermakan pada mangsa banjir.
Satu hari ketika pulang daripada membungkus baju kepada mangsa banjir di masjid, pakcik Ismail mendapati cermin mata beliau telah hilang.

Pakcik Ismail memikirkan balik ke mana hilangnya cermin mata baru beliau. Rupa-rupanya ia terjatuh ke dalam salah satu bakul baju untuk didermak
an pada mangsa banjir.

Pakcik Ismail merasa sedih kerana cermin mata baru itu adalah hadiah pertama daripada anak sulungnya yang baru bekerja.
Beliau merasa kecewa kerana menghilangkan hadiah itu dan terpaksa membuat cermin mata yang baru.

"Mengapa layan saya begitu, Ya Allah? Saya dah bantu-membantu, mengapa hilangkan benda terpenting saya?" rungut Pakcik Ismail di hati.

Setelah enam bulan daripada peristiwa tersebut, pakcik Ismail kebetulan melawat masjid-masjid yang menerima bantuan banjir.

Seorang pakcik tua sedang memberikan ucapan penghargaaan kepada mereka yang mendermakan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Ketika itu saya cuba membawa cucu ke atas bot, terdapat satu ombak melanggar saya dan cermin mata saya terjatuh ke dalam air.
Saya tidak dapat mencari kerana air deras. Ketika itu, saya cemas memikirkan bagaimana saya hendak melalui saat-saat derita ini, kerana tanpa cermin mata saya, saya cepat sakit kepala.
Di kawasan kita, kedai cermin mata pun kena banjir.

Setibanya di masjid ini, saya dan anak saya membuka kotak baju derma. Tergamam saya melihat ada sepasang cermin mata di dalamnya.
Power ia sama dengan power cermin mata saya. Saya cukup bersyukur pada mereka yang mendermakan cermin mata itu, dan pada Allah yang menjawab doa saya,” kata atuk itu.

Ahli-ahli masjid yang mendengar terkejut dengan kata-kata atuk kerana ketika menyediakan bantuan, cermin mata bukanlah antara barangan yang diterima untuk dijadikan derma. Dari mana datang cermin mata atuk itu?

Tapi di tepi, mereka melihat ada seorang pakcik mengalirkan air mata.

Itu adalah pakcik Ismail.

“Ya Allah, maafkan saya. Rupa-rupanya kaca mata saya tidak hilang, ia cuma diberikan kepada mereka yang lebih memerlukannya. Maafkan saya kerana bersangka buruk pada-Mu, ya Allah,” bisik di hati pakcik Ismail.

Wahai anakku,
Percayalah ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Kebanyakan masa kita tidak akan mengetahui mengapa ia berlaku, tapi percayalah pada Allah, dan bersangka baiklah pada-Nya dan yakinlah ada hikmahnya yang baik untuk kita semua.

Senyum.



Sumber : http://koleksi-ilmiah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment